Sunday 15 December 2013

BABY I'M SO LONELY

cewahhh tengok dia punye tajuk macam lagu k-pop 2ne1 kannn . hehehe bleh bergurau plak. okey just wanna share la yang da sbulan aku ditinggalkan oleh syeera anok azman yang kejam lagi kurang ajar tu hehe (angry bird).. memang sedih tahap cipan branak kembar la.. lepas dia keluar je dari rumah aku terus nanges kot balik je akak2 housemate tengok keadaan aku yang cenggitu terus je dia bleh agak yang Ira memang da blah dari rumah nie :'(. ye la kan camne aku tak sedih daripada geng kiteorang yang 5 orang berkurangan jadi 2 orang pastu berkurang lagi tinggal aku sorang2 terkapai-kapai kat sini.

seminggu jugak la aku menangis terkenangkan nasib aku seorang diri kat sini sampai tak lalu makan pegi kelas pun xde mood tak bergaul dengan semua orang even akak2 rumah aku pun aku tak bergaul terperak je dalam bilik sorang2 sambil berendam airmata cakap dengan orang lain pun menangis klau cakap nga mak ayah lagi laju air mata aku nie mengalir even klau classmate tanya pasal Ira pun air mata aku akan kluar dengar nama dia pun bleh buat air mata aku gugur. Kat rumah plak sampai aku nie kena marah dengan akak2 kena dengar diorang membebel makan pun diorang pakse aku sampai diorang hidang and letak pinggan nasi kat tempat aku tidur tunggu aku sampai aku makan sampai diorang touching2 la klau aku tak makan (sweet kan . haha ngade2). tapi kate orang life must go on with or without friends.

hurmmm tapi nak wat camne da nasib dia cenggitu aku nak halang pun tak boleh so apa yang aku mampu buat ialah bertahan sorang diri kat sini maksud aku kat rumah nie je la. ye la kan kat umah nie tinggal aku sorang je budak diploma yang lain semua budak degree so opcos la they always busy with their assignment. tapi aku bersukur la budak2 kelas aku still support me even aku tak rapat sangat dengan diorang tapi diorang pujuk aku suruh aku bertahan sampai habis diploma nie.. mane tak nye lagi 2 sem aku duk kat sini satu sem lagi dah nak LI ( latihan industri). 

Tapi persoalanya mampu ke aku bertahan dengan result aku sem lepas yang tersangat la terok dengan subjek this sem yang tersangat la susah dengan problem kena gantung pinjaman nga mara (tapi alhamdulillah da settle)??. pastu dengan beban aku nie anak harapan keluarga? terbeban sangat kot. tak sanggup la aku nak musnahkan harapan mak ayah aku yang da laburkan banyak duit diorang untuk aku. tapi aku rase aku da tak bleh nak carry on course yang aku ambik nie. but i'll try my best for this sem wether this sem will be my last sem or i'll continue stay here sampai aku dapat pegang segulung diploma. =)

wish me luck buddyz

Sunday 17 November 2013

KEHILANGAN SATU-SATUNYA SAHABAT DI KAMPUS 

okey keputusan dah tahu hari nie 85% peratus menunjukkan bahawa ira akan berhenti.. Ya Allah nak gugur airmata aku dekat pejabat administration tadi tapi aku tahan je :'( bagaimana aku nak mengharungi hidup seorang diri di kampus pergi kelas pun seorang diri sedeyyyyy giler kot. aku rase selama seminggu nie aku akan moody je makan pun x lalu and yang paling penting every weekend aku akan balik umah kakak aku kat KL. Ya Allah kalau la ayah aku seorang jutawan aku pasti akan tolong kau Ira tapi masalah nye sekarang kami berada pada situation yang sama yang berbeza nya aku stay and Ira pula quit. 

Ya Allah Ira aku tak nak kehilangan kau kat sini aku nak kau ada di sisi aku sampai kita habis belajar aku tak nak kau berhenti blaja macam kawan-kawan kita yang lain aku taw kau mampu pujuk mak ayah kau jangan sia-sia kan masa kita yang dah setahun lebih kat sini.. perjuang kan hak kau Ira

Ya Allah kenapa begitu berat dugaan yang kau berikan kepada hamba Ya Allah hamba memohon supaya Ira dapat meneruskan pelajarannya disini . selangkah lagi perjalanan kami untuk berada di menara gading dah tinggal dua sem lagi untuk kami belajar di sini tetapi kenapa di pertengahan ini ada pulak dugaan yang tersangat berat. Tak mampu untuk kami memikul nya. Ya hamba tahu yang Allah tidak akan memberikan dugaan yang berat yang tidak mampu ditanggung oleh umat nya tetapi kenapa dalam masa yang singkat.. Maafkan hamba mu yang hina ini Ya Allah sepatut nya hamba tidak perlu mempertikaikan.. Sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mengetahui.


"Dengan lafaz Bismillah hamba memohon Ya Allah Ya Tuhanku hamba memohon pada mu lembutkan lah hati kedua orang tua Ira agar mereka dapat membantu membayar yuran Ira berikan jalan penyelesaian kepada kami agar masalah kami nie selesai dan biarlah kami dapat sama-sama menghabiskan pelajaran kami di sini dan sama-sama dapat memegang segulung diploma biarlah kami sama-sana hadapi susah dan senang bersama semasa berada di sini.. Ya Allah Ya Tuhan ku hamba hanya manusia yang lemah yang hanya bersujud padamu apabila hamba berada dalam kesusahan tetapi hamba berjanji Ya Allah hamba akan sentiasa patuh pada perintah-Mu.. tolonglah hamba mu yang dalam kesusahan nie dengarlah rayuan hamba sesungguhnya kepada-Mu lah hamba memohon pertolongan kepada-Mu lah hamba bersujud sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani.." 
Amin..

Dear Ira I can't promise to fix all your problems but i can promise you won't have to face them alone :'(






Saturday 16 November 2013

PROBLEM!!! PROBLEM!!! PROBLEM!!!!


Satu persatu masalah datang... rase macam dah tak tahan nak hadap masalah nie Ya Allah begitu banyak dugaan yang kau berikan kepada hamba mu ini :'( apa dosa aku sebelum tak sanggup aku nak hadapi seorang diri...

First masalah kawan-kawan. dulu bukan main lagi janji nak setia nak graduate sama-sama tapi apa jadi sorang da quit dua orang lagi nak tunda masuk sem depan tapi bila taw masalah rayuan ditolak korang pulak nak quit  tinggal aku berdua dengan ira and now ira pula nak quit sebab mak bapak dia tak nak bayar yuran dia dan aku berharap sangat2 yang dia akan jumpa jalan penyelesaian kepada masalah dia and now tinggal je aku sorang-sorang terkapai-kapai aku kat sini.. sanggup korang buat aku macam nie :'(

Second masalah pelajaran bila aku flashback balik result sem2 lepas aku rasa macam menyesal pulak kalau la aku push sikit je lagi mesti aku da capai target tapi masa dah tak boleh undur nasi da jadi bubur menyesal sekarang tiada guna... tu la dulu tak nak pikir pasal benda nie bila da jadi baru menyesal nak mampus..ARGHHHHH (ase da putus asa giler)

Tapi takpe la aku datang sini nak belajar bukan nak cari kawan bila aku pikir pasal mak ayah aku kuatkan semangat aku mak ayah adalah kekuatan aku sumber inspirasi aku (nanges sambil taip) its okey la kalau aku duk sini sorang2 tak mati la aku because i still have my housemate yang sangat caring.for my buddyz i'm very sure yang one day korang akan menyesal sebab quit blaja and i'll prove it to you guys tanpa korang kat sini aku pun boleh berjaya and aku akan pastikan korang jeles satu hari nanti bila tengok aku berjaya menjadi chemical engineer yang success...




Wednesday 26 June 2013

Assalamualaikum... :)


   Sekarang nie jam menunjukkan sudah pukul 5.08 AM :) haha tiba-tiba plak rasa happy semacam je sampai my mom tanya kenape senyum sorang2 depan screen pinky Misz_E nie. U all nak taw tak kenape i senyum sorang2 hhehe malu la nak bagi taw :P actually masa Misz_E sedang bosan menghadap facebook and twitter tiba-tiba tergerak pulak hati Misz_E nak stalker facebook si dia :) ye la Misz_E pun lama da tak bukak facebook nie... 

    Scroll punya scroll Misz_E terjumpa la si dia punya status yang Misz_E tak berapa nak sure status nie dtujukan kepada sapa yang berbunyi Cintaku x kesampaian,hajatku belum didapati,sekadar mulut berkata sayang,dimanakah bukti..Cintaku kepadamu,tak pernah berbelah bagi.seketika ku tak bertemu,setahun kurasa rugi... " berbunga jugak lah hati aku nie dengan ayat si dia tu walaupun tak sure ditujukan kepada sapa hahaha perasan je lebihhh.. :P

   Then i scroll lagi and terjumpa plak status yang memang sure ditujukan untuk Misz_E yang berbunyi tokleh nok tido dea hati duk gilo kokre,skali ku blunjur skali menerak,mataku tokleh nk peje.tokleh duk ingat wajahmu ye comel sngoti,bentuk muko bulat pah ado pulok lesung pipit di pipi.. " apa lagi bertambah berbunga la jiwa raga nie rasanya macam dah melayang-layang kat udara..

   But i feel really guilty cuz rasa macam Miss_E nie da mempermainkan perasaan nya... tapi Miss_E pun tak tahu dengan perasaan Miss_E sendiri, dan seringkali tertanya-tanya pada diri sendiri sapa yang aku suka sebenarnya :( or maybe Mis_E nie jenis orang yang mudah cinta dengan orang kot tapi Misz_E rasa tak kot  o.O haishh tapi Misz_E mengaku yang Misz_E tak pandai nak berkawan dengan orang lelaki sebab cara Misz_E layan diorang nie buat diorang rasa yang Misz_E suka diorang sebab Misz_E dah banyak kali terkena.. omg what should i do huh?? sometimes i rasa i suka dia and sometimes i rasa i tak suka dia hurmmm i think better if i tak payah nak fikirkan benda nie.. lagipun bukan nya penting sangat pun kann

                        Okey la mata da mula rasa ngantuk..bye pinky :-* salam and gudnite.. 
                                  semoga hari esok lagi indah berbanding hari ini.... :)
                                                            xoxo

Wednesday 24 April 2013

pAkwE??? pEntInG kE???

ASSALAMUALAIKUM!!!

Misz_E tengok sekarang nie semua orang dah ada pakwe... even budak skolah rendah pun dah pandai nak bercintan cintun ish.. ish.. ish.. dunia zaman skrang nie memang dah canggih... kawan-kawan Misz_E semua pun dah ada pakwe malah ade yang dah kawin pun :) Misz_E tak taw la dimana syok nya bercinta sebab sampai bergayut dalam telefon sampai 3 4 jam :\ setiap 5 minit kena bermesej mesej segala bagai padahal bercinta baru.. bukannya dah kawin.. korang bayangkan kalau masa korang bercinta tu pun korang dah bergayut 2 3 jam dah bermesej  setiap 5 minit sekali adakah lepas korang kahwin nanti pun korang akan terus buat macam tu?? Misz_E tak rasa yang korang akan terus buat macam tu :P ye la bercinta pun dah 5 6 tahun lepas tu kawin idok ke bosan asyik mengadap orang yang sama je???

Misz_E skarang nie memang single dan tak de minat lagi nak mempunyai kekasih walaupun semua kawan-kawan Misz_E dah ade kekasih... Misz_E sikit pun tak jeles dengan mereka nak taw sebab apa??? sebab Misz_E nak bercinta selepas nikah sebab bagi Misz_E bercinta selepas nikah itu lagi indah dan sweet (^_^) so skarang nie Misz_E nak blajar dulu nak jaga mak ayah Misz_E nak bagi kemewahan kat diorang nak balas segala pengorbanan diorang kak Misz_E selama nie lepas tu baru Misz_E boleh fikir pasal kawin nie.. perjalanan Misz_E  nie masih panjang lagi so pakwe-pakwe nie Misz_E tolak tepi dulu sebab ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan ALLAH SWT... so apa-apa pun Misz_E memang prefer berkahwin selepas nikah (^_^)




okey la sebenarnya Misz_E tengah study nie untuk lab test organic chemistry esok tapi bila otak dah blank and blur terus je Misz_E tergerak hati nak bukak blog nie..

  





Monday 22 April 2013

Assalamualaikum..... 

hahaha lucu la plak tiba-tiba pulak tergerak hati nak jadik blogger... actually blog nie dah lama aku buat since 2011 but this is my first time nak compose benda dalam nie. ye la jeles tengok bila semua orang dah ada blog masing-masing... tapi apa aku nak citer dalam blog nie ye ?? okey la since nie first time aku mulakan dengan pengenalan diri la dulu ye

    Okey nama penuh aku AISHAH RAMLI (bukan nama penuh) umur aku masa mula-mula create blog nie 17 tapi skarang dah 19 (da tua rupanya)aku asal Pasir Mas kelantan (i'm pure kelantanese)aku study kat ipts kat Melaka and ambik Course Chemical Engineering Bioprocess (pecah kepala otak aku blaja benda nie)...

   okey la tu je la yang mampus aku tulis sebab aku tengah buzy study untuk presentation fluid esok..harap-harap lecturer tu tak banyak songeh la dengan group aku..... 

ASSALAMUALAIKUM AND GUD NITE...:)